Mengucapkan terima kasih Kepada Perkasa
Selasa ,saya melihat sesi dialog pembicaraan Namewee (yang berlangsung di dewan perhimpunan China) tiba-tiba terganggu kerana demonstrasi yang dilakukan oleh PERKASA, walau bagaimanapun kami yang berada dalam dewan adalah selamat kerana gerbang sudah ditutup rapat.
Saat ini, kami tidak ingin membincangkan Namewee, saya ingin melontarkansoalan samada gerakan sosial sudah mencapai tahap “breakthrough” atau kemajuan besar pada pemikiran dan sikap? Jika Perkasa menampil diri ke hadapan, tentulah kami tidak bias bertentangan dengan mereka Kerana niat dan tujuan mereka adalah untuk mencari pasal dan mengharapkan reaksi radikal, lalu membuat penuduhan yang lagi kurang rasional! Sebenarnya motif demonstrasi berkumpulan adalah begitu jelas dan nyata sekali!
Siapa yang jatuh ke dalam perangkap?
Kenapa kami harus menjadi pak guru kepada mereka yang berlainan fikiran dan pandangan? Kenapa kami harus memohon mereka jangan berdemonstrasi dan mogok? Pada hemat saya, kami semua sudah terlalu banyak atau lebih berfikir dan risau, sepatutnya orang dewasa haruslah bertanggungjawab pada segala tingkah-laku masing-masing.
PERKASA ada agendanya sendiri, mereka amat menginginkan populariti atau publisiti murah. Amat sedih, ada setengah orang suka termakan perangkap mereka dan secara tidaklangsung membantu anasir PERKASA memperolehi publisiti murah. Mereka ini mungkin dari MCA, Gerakan,malah mungkin dari DAP dan Nazri yang dikatakan lebih berfikiran sederhana. Semasa Namewee disoal-siasat oleh pihak polis, dia menekan dia anti-rasis, dan pegawai polis juga memahami dia menyokong gagasan “satu Malaysia.”
Menumpu perhatian pada politik ras, memesongkan focus atau tumpuan politik
Apabila kami melihat musuh dalam isu perkauman atau ras, kami mungkin juga terjatuh ke perangkap ahli politik yang lain, laksana motif penangkapan pelukis komik (yang memaksa penerimaan “1 Malaysia” secara perlahan-lahan). Saya pernah berbincang dengan pemimpin pemuda DAP dan ahli gerakan social, mereka mengatakan pemimpin ada agendanya dan juga untuk keperluan strategi. Saya setuju keperluan strategi, seandainya tidak membawa kekecohan dan merugikan manfaat rakyat, itu boleh diterima. Adakah mengambil tindakan pada PERKASA menunjukkan pemimpin DAP sudah berjaya menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, atau PAKATAN RAKYAT sudah memenuhi hasrat? Pengambil-beratan pada isu perkauman mungkin menjadi babak-babak yang membazirkan tenaga kerana fokus lain seperti rasuah, penyalah-gunaan kuasa mungkin dilalaikan! Kesedaran politik untuk menuntut demokrasi, kewibawaan rakyat dan kesedaran politik harus menjadi focus induk dan tidak harus dipesongkan!
Melapangkan dada, mengucapkan terima kasih pada kesalahan PERKASA
Sebaliknya saya menganggap, tidak kira mereka dari parti, organisasi mana-manapun, samada Perkasa, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat atau masyarakat awam, mereka harus bertanggungjawab pada perbuatan, kelakuan mereka. Adakah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nazri dikehendaki membetulkan kelakuan orang lain dan menjadikan semua orang sebagai tauladan “1 Malaysia”? Kalau orang lain bersalah, beri nasihat..kalau buat lagi, biarlah rakyat menganalisa dengan tenang di mana kesalahan mereka? Usah bermarah-marahan. Pada hemat saya, terima kasih pada kesalahan musuh, mengambilnya sebagai sempadan. Kami bukanlah tuhan yang tak mungkin berlaku kesalahan, maka terima hakikat manusia bukan sempurna.
Di mana landasan atau haluan alternatif?
Saya fakir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perkasa, tapi merasa kasihan kerana ada parti politik dan organisasi yang hanya semata-mata menentang kumpulan fanatik seperti PERKASA. Tidak menyetujui perbuatan PERKASA adalah hak kebebasan asasi, tetapi pemimpin-pemimpin yang akan mengganti BN, jangan hanya semata-mata tahu menuduh musuh, malah seharusnya mempunyai polisi dan penerangan pada perspektif politik akan datang dan pelan yang lebih nyata dan jelas.
Saya berasa ikhlas ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada persembahan PERKASA, kerana ia sudah memberikan kita semua satu pengajaran sebalik, yang sudah begitu jelas. Maka, usahlah saling memarah dan memaki-maki, bertindak-balas pada kata-kata dan ucapan mereka yang daif dan jahil. Bagi saya, inilah perbuatan yang tak banyak membawa makna, malah saya beranggapan kita semua haruslah berfikiran kritikal, menghormati hak melakukan kesalahan oleh PERKASA!
Micah 6:8 He has showed you, O man, what is good. And what does the LORD require of you? To act justly and to love mercy and to walk humbly with your God. 彌迦書 6:8, 世人哪、耶和華已指示你何為善。他向你所要的是甚麼呢。只要你行公義、好憐憫、存謙卑的心、與你的神同行。
订阅:
博文评论 (Atom)
文字营的反思之为什么不博客
文字营的反思之为什么不博客 在今天资讯爆炸的时代里,集体讨论的太多,但是很快变就成过眼云烟,就如大数据时代人的思想行为越来越碎片化。今天无论是任何社交媒体最害怕的是无穷无尽的问候,各种形式的图片与caption。甚至一些比较严肃的社群已经发出警告,除了讨论严肃...
-
4月8日,在周末难得放下繁忙生活日程,一起躲进戏院,一起思考人生!同时购票支持赞助更多在前线与幕后工作的全人关怀团队(HISTEAM)与越来越多的急难救助等等的需要。 欢迎雪隆地区的弟兄姐妹与朋友共襄义举! 这么难得的机会,一举数得的好处,忍不住要分享给一直关心公共关怀工作的朋友...
-
《世界人权宣言》全文 世界人权宣言 《世界人权宣言》是人权史上具有里程碑意义的文件。它由来自世界各个地区不同法律和文化背景的代表起草,于1948年12月10日在巴黎召开的大会会议上以第217 A(III)号决议通过。《世界人权宣言》作为所有国家和所有人民的共同成就,第一次规...
-
文字营的反思之为什么不博客 在今天资讯爆炸的时代里,集体讨论的太多,但是很快变就成过眼云烟,就如大数据时代人的思想行为越来越碎片化。今天无论是任何社交媒体最害怕的是无穷无尽的问候,各种形式的图片与caption。甚至一些比较严肃的社群已经发出警告,除了讨论严肃...
没有评论:
发表评论