Seandainya Bersih 2.0 kalah?

Seandainya Bersih 2.0 kalah?

由 Thepplway Jian Min 于 2011年7月6日9:46 发布

Selepas Titah DYMM Agung mengenai perhimpunan ramai Bersih2.0,maka ramai yang berbeza pendapat.Setengahnya menyokong keputusan Bersih untuk berkumpul di dalam stadium,tapi juga ada yang tak setuju berhimpun dalam stadium.

Sebelum menilaikan mana-mana pihak ,biar kita menelitikan prinsip yang perlu kita mengamalkan di dalam teamwork bersama Bersih2.0.



1.Menyedari AJK Bersih2.0 terdiri daripada pelbagai badan cerdik-pandai seperti ,undang2 dan pemerhati2 politik berdemokrasi.Sebagai rakyat madani,bukan saja menggalakkan berfikiran berdikari maka perlu kita belajar mematuhi semangat teamwork.

2.Bersabar mengikuti laporan rasmi dan pendirian Bersih2.0,bukannya saluran2 lain yang tidak bertanggungjawab ataupun mempunyai agenda2 tersendiri.

3.Menghormati tanggungjawab kita dalam masyarakat madani,menghormati keputusan yang diambilkan oleh AJK Bersih2.0 yang berwibawa kehendak rakyat.

Sebagaimana saya bersetuju dengan pandangan ahli pengkritik MKSow bahwa,kita rakyat dan Badan pergabungan Bersih2.0 memang berjaya menemui matlamat orang ramai tapi Bn semakin membelakangi kehendak rakyat yang mengamalkan pilihanraya yang adil dan bebas dengan segala campur tangan yang kotor dan kejam.

Yang perlu saya menekankan ialah,penyertaan dalam proses demokrasi ini bukannya satu suatu bab2 yang terputus-putus.Tapi yang pentingnya kita semua dapat melepati diri dalam semua proses dan mengetahui penagihan kerja yang jelas ,seperti menerangkan segala usul-asal Bersih2.0 kepada rakan2 kita yang kurang mengetahuinya.

Mari kita renungkan sejauh mana yang perlu kita capai dalam kesedaran mengenai Bersih2.0.

1.Adakah kita masih bersatu-padu memegang prinsip untuk satu sistem pemilihan yang bersih dan bebas?
2.Boleh tak kita menggunakan pelbagai ruangan untuk menjelaskan kepada semua rakayt bahwa segala tipu -helah Bn itu seperti,ugutan,kekasaran niat jahat melakukan atau mengizinkan perpecahan terhadap agama,perkauman dan individu2 tertentu dan juga undang2 disalahgunakan dan sebagainya?
3.Bolehkah kita sedar bahwa dorongan terbesar yang mengatasi segala rintangan dalam pelancaran dan kerja2 Bersih2.0 adalah kesedaran dan semangat rakyat yang matang dan bertanggungjawab tapi bukannya individu tertentu?
4.Boleh tak kita bersama2 menyebarkan mesej Bersih ini kepada semua lapisan masyarakat dengan bahasa yang mereka kenali?
5.Adakah kita mampu mengubah dengan menggariskan akta dan undang2 yang tidak bebas dan mengongkong demokrasi sebelum pilihanraya diadakan?

Ringkasannya Berjaya atau tidak movement Bersih2.0 ini bergantung daripada kesedaran rakyat ,kepakaran pakar AJK Bersih2.0 menuntut keadilan dan kebebasan dalam system pilihanraya dan juga yang pentingnya tidak lupa segala usaha yang boleh untuk menjayakan perhimpunan rakyat yang aman ini meliputi semua shopping center dengan warna kekuningan dan mendorongkan kesedaran semangat Bersih dan memupukkan perasaan berpaduan rakyat yang bersignal warna kuning.

Pendek kata semua aspek kesedaran dan kematangan berbagai pihak perlu diambil berat, dan ini memang satu garis panduan yang jelas dan tidak boleh dikompromasikan.

Akhir kata, Boleh tidak kita semua berganding bahu menghadapi segala rintangan yang melanggarkan prinsip berdemokrasi itu?Jom beramai-ramai memenuhi stadium dan seluruh Malaysia pada 9July 2011 dengan warna kuning yang memeriah dengan penuh harapan untuk masa depan Malaysia Baru.

评论

此博客中的热门博文

我为什么说郑丁贤不懂政治,不会评论

《独立新闻在线》- 选区划分不公又不均 各党选票价值不对等